Sejak Akta Pencegahan Keganasan Rumah Tangga berkuatkuasa pada 1 Mac tahun lalu hingga hujung tahun lalu, mahkamah China telah mengeluarkan lebih 680 habeas corpus.
Keganasan rumah tangga bukan sahaja melibatkan keluarga, malah merupakan isu masyarakat yang serius.
Demikian dinyatakan hakim dari Mahkamah Rakyat Tertinggi China, Cheng Xinwen.
Habeas Corpus merupakan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah berdasarkan Akta Pencegahan Keganasan Rumah Tangga bagi melindungi mangsa dan mencegah keganasan daripada berlaku atau berulang lagi.
Dengan menggunakan undang-undang, kerajaan telah memperlihatkan sikap tegas dalam menentang apa-apa jua keganasan rumah tangga, di samping berusaha memelihara hubungan kekeluargaan yang sama rata, harmoni dan sopan.