Cari:
François Fillon Disiasat
2017-03-15 13:54:52 CRI Cetak

Jabatan kehakiman Perancis semalam secara rasmi memanggil dan mendakwa calon Presiden Perancis dari parti sayap kanan, iaitu Parti Republikan, Francois Fillon atas tuduhan menggelapkan wang awam dan menyalahgunakan dana awam serta tidak melaksanakan kewajiban pengisytiharan.

Berdasarkan laporan media tempatan, Fillon telah menolak semua dakwaan. Ketika membaca satu kenyataan di hadapan hakim, Fillon telah menolak dakwaan yang menyebut isterinya dibayar gaji tetapi tidak menjalankan tugas.

Pada Januari lalu, laporan media tempatan menyebut bahawa isteri Fillon dibayar gaji tetapi tidak melaksanakan tugas sebagai penolong ahli parlimen. Sejak itu kadar sokongan terhadap Fillon turun secara mendadak.

Pakar undang-undanga Perancis menjelaskan, sebagai ahli Parlimen, François Fillon tidak akan segera ditahan ketika menghadapi dakwaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China