Dalam tempoh empat tahun akan datang, bandar Beijing akan berusaha untuk membina semula tiga zon kebudayaan, iaitu Zon Kebudayaan Tembok Besar di kawasan utara, Zon Kebudayaan Terusan di kawasan timur dan Zon Kebudayaan Gunung Barat di kawasan barat.
Ketiga-tiga zon kebudayaan tersebut akan menyambungkan lebih 500 tapak tinggalan sejarah di Beijing, di samping menggalakkan perkembangan sosiobudaya di Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei.