Menurut Suruhanjaya Perumahan dan Pembinaan Bandar Shanghai, bandar itu akan menawarkan kira-kira 10 ribu rumah sewa awam pada tahun ini.
Antaranya lebih kurang 4,000 buah yang disediakan oleh kerajaan bandar Shanghai, manakala kira-kira 6,000 buah lagi disediakan oleh pelbagai daerah di bandar Shanghai.
Menurut suruhanjaya itu, pemohon rumah sewa awam tidak terhad kepada penduduk di kawasan bandar Shanghai, serta tiada had dari segi pendapatan. Mereka yang memenuhi syarat asas seperti mempunyai pekerjaan yang stabil dan sah di Shanghai serta menghadapi kesukaran untuk mencari tempat tinggal sudah dianggap layak untuk memohon rumah sewa awam tersebut.