Cari:
China Tetap Penyumbang Utama Pertumbuhan Global
2017-03-15 14:51:04 CRI Cetak

Pertumbuhan ekonomi China pada kadar 6.5 peratus berada pada paras sederhana tinggi dan selaras dengan hukum ekonomi.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam sidang media selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.

Menurut beliau, agregat ekonomi China kini mencecah USD11 trilion, dan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini dijangka akan menyediakan hampir 11 juta peluang pekerjaan.

Kerajaan akan memberikan lebih banyak tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti dan kecekapan pertumbuhan ekonomi.

Tambah beliau lagi, China tetap merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan global pada masa ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China