Cari:
China Luluskan Peruntukan Am Undang-undang Sivil
2017-03-15 16:07:50 CRI Cetak

Peruntukan Am Undang-undang Sivil telah diluluskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang baru melabuhkan tirainya pagi tadi.

Hal tersebut menandakan langkah pertama untuk mengeluarkan Undang-undang Sivil China telah selesai.

Peruntukan Am Undang-undang Sivil menetapkan peraturan asas dalam tindakan sivil dan merupakan asas bagi penggubalan pelbagai bab.

Peruntukan Am ini merangkumi pelbagai kandungan yang menarik seperti mewujudkan peraturan penjagaan orang dewasa, meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan warga emas, melindungi kepentingan perkembangan janin, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China