Cari:
China Utamakan Kerjasama Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin dengan ASEAN
2017-03-16 13:40:01 CRI Cetak

China sentiasa mengutamakan kerjasama penyeliaan kualiti, pemeriksaan dan kuarantin dengan ASEAN.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuaranti Negara China, Zhi Shuping dalam sidang akhbar di Beijing Selasa lalu.

Menurut beliau, China dan ASEAN akan membentuk mekanisme mesyuarat menteri bagi menggalakkan kerjasama tersebut.

Sempena Mesyuarat Menteri Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China-ASEAN kali ke-5 diadakan di Nanning, pada September lalu, kedua-dua pihak telah memulakan beberapa program kerjasama penting, antaranya termasuklah platform data besar tumbuhan dan haiwan serta e-sijil.

Kerjasama pragmatik juga telah diadakan antara China dengan ASEAN.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, China dan negara-negara ASEAN telah menandatangani lebih 20 perjanjian yang berkaitan dengan kuarantin makanan serta produk pertanian.

Sejak Zon Pemeriksaan dan Kuarantin Perdagangan Sempadan ditubuhkan di bandar Pingxiang lima bulan yang lalu, proses mendapatkan kelulusan daripada Kastam semakin cepat, meningkat 60 peratus.

China dan ASEAN juga meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi kualiti.

Enam pusat kerjasama China-ASEAN telah ditubuhkan di Nanning, dalam bidang kualiti, standard, pemeriksaan, dan lain-lain.

China juga menyokong beberapa negara ASEAN membina kawasan contoh untuk menstandardkan pertanian dan menyediakan latihan kepada negara-negara ASEAN.

Tegas Zhi Shuping, jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN tahun lalu mencatat lebih USD450 bilion, meningkat 57 kali ganda berbanding tahun 1991.

Sistem penyeliaan, pemeriksaan dan kuarantin kedua-dua pihak telah memberikan sumbangan besar kepada prestasi cemerlang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China