Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semalam memaklumkan bahawa rancangan pembangunan lapangan terbang kegunaan pengangkutan awam telah dikeluarkan.
Menurut rancangan tersebut, jumlah terminal di lapangan terbang akan mencapai 260 buah menjelang tahun 2020, dan membentuk tiga kompleks lapangan terbang peringkat antarabangsa menjelang tahun 2025.
Menurut rancangan itu, pembangunan lapangan terbang di kawasan timur, tengah dan barat akan terus diselaraskan. Jumlah lapangan terbang di kawasan tengah dan barat akan ditingkatkan.
Pada waktu yang sama, kaedah kerjasama antara kerajaan dengan modal swasta akan digunakan dalam pembinaan lapangan terbang bagi menarik pelaburan masyarakat.