Cari:
Kereta Mudah Sewa di Beijing Cecah 2000 Buah Tahun Ini
2017-03-16 14:56:36 CRI Cetak

Beijing akan terus menggalakkan penggunaan kereta mudah sewa. Kereta yang boleh disewa melalui telefon pintar dan bayaran yang dikira berdasarkan waktu penggunaan itu akan mencecah 2000 buah menjelang akhir tahun ini.

Demikian dinyatakan Jawatankuasa Pengangkutan Perbandaran Beijing baru-baru ini.

Kini, di pasaran Beijng terdapat beberapa jenama kereta mudah sewa. Antaranya "Gofun" telah menempatkan 1100 buah kereta di lebih 100 lokasi dan jumlah itu akan terus bertambah menjadi lebih 200 lokasi pada tahun ini.

Pada ketika ini, kekurangan tempat letak kereta dan tempat mengecas elektrik menjadi halangan utama bagi perkembangan perkhidmatan tersebut.

Syarikat Jalan dan Jejambat Perbandaran Beijing merancang untuk menjadikan ruang di bawah lebih 40 buah jejambat di jalan lingkaran kedua dan ketiga di Beijing sebagai tempat letak kereta dan tempat mengecas elektrik kereta mudah sewa tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China