Cari:
Antonio Guterres Gesa Tamatkan Konflik Syria
2017-03-16 15:24:50 CRI Cetak

Sempena ulang tahun ke-6 tercetusnya krisis Syria, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa masyarakat antarabangsa terus mendorong rundingan damai Geneva mencapai kejayaan sehingga konflik di Syria dapat ditamatkan secepat mungkin.

Kenyataan tersebut telah disampaikan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam sidang akhbar semalam.

Kenyataan tersebut juga jelas menunjukkan bahawa rakyat Syria telah menjadi mangsa dalam konflik yang telah berlarutan selama 6 tahun itu. Semua pihak yang terlibat perlu terus melaksanakan perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 30 Disember lalu bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihantar kepada rakyat Syria.

Di samping itu, pelbagai pihak terbabit perlu menangani perselisihan bagi menamatkan konflik tersebut.

Menurut statistik, lebih 300 ribu penduduk telah terbunuh sejak krisis Syria tercetus pada Mac 2011. Separuh rakyat negara itu kehilangan rumah dan 13.5 juta rakyat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China