Cari:
LAS Sokong Iraq Banteras IS
2017-03-16 15:34:22 CRI Cetak

Liga Arab (LAS) menyokong tindakan Iraq membanteras kumpulan ekstremis Negara Islam (IS), di samping mendesak tentera Turki yang berada di Mosul berundur dari negara itu.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit ketika mengadakan perbincangan mengenai isu antikeganasan serantau dengan pegawai Iraq di Baghdad semalam.

Perbincangan kedua-dua pihak itu juga melibatkan kerja persiapan sempena persidangan pemimpin Liga Arab yang bakal diadakan di Aman, Jordan pada penghujung bulan ini.

Ahmed Abul-Gheit dan Menteri Luar Iraq, Ibrahim Jafari dalam sidang akhbar selepas perbincangan tersebut berkata, Liga Arab menyokong Iraq memerangi IS dan yakin tentera kerajaan negara itu mampu merebut kembali kawasan yang ditawan IS.

Ketika menyebut tentang pasukan tentera Turki yang berada di Mosul, Ahmed Abul-Gheit pula berkata, Iraq telah beberapa kali mendesak pengunduran tentera Turki dari Iraq. Pihaknya menentang campur tangan Turki dalam hal ehwal Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China