Rantau Asia Pasifik seumpama kampung halaman bagi semua negara serantau.
China tidak suka akan sikap "pilih kasih" yang dilakukan mengikut fahaman Perang Dingin.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam sidang media selapas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam.
Menurut beliau, China sentiasa menyifatkan hubungan dengan ASEAN sebagai amat penting dalam saluran diplomasi dengan negara jiran.
China menyokong penubuhan Komuniti ASEAN serta peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau.
China berhasrat untuk memelihara Asia Pasifik sebagai rantau yang stabil dan berperaturan, serta kawasan yang mampu mengendalikan perselisihan melalui perbincangan.
Menurut beliau lagi, China dan ASEAN sedang berusaha mendorong rundingan berhubung dengan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) yang bertujuan untuk mengekalkan keamanan di Laut China Selatan, sekali gus menyelesaikan perselisihan melalui dialog secara langsung dengan negara yang terlibat.