Berdasarkan data yang diumumkan oleh Syarikat Insurans Kredit dan Eksport China (Sinosure), sejak tahun 2013 hingga Januari lalu, pihaknya telah menyediakan insurans bernilai USD423.1 bilion bagi aktiviti eksport dan pelaburan pelbagai negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), selain membayar ganti rugi berjumlah lebih USD1.6 bilion.
Insurans tersebut melibatkan 1062 projek penting dalam bidang pengangkutan, kelengkapan minyak, tenaga elektrik, pembinaan, dan kemudahan telekomunikasi, antaranya termasuklah projek loji jana kuasa angin di Pakistan, paip saluran gas asli di Asia Tengah, landasan kereta api laju Ankara-Istanbul, Pelabuhan Colombo di Sri Lanka, dan lain-lain.