Cari:
AS Diingatkan Ambil Pelajaran daripada Strategi "Kembali ke Asia Pasifik"
2017-03-17 16:41:30 CRI Cetak

Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Susan Thornton memberitahu wartawan bahawa kerajaan Trump sedang menyusun strategi baharu terhadap Asia Pasifik.

Sebelum rancangan tersebut dikeluarkan, kita hendak mengingatkan pemerintah Trump tentang hakikat berikut:

Apabila strategi "Kembali ke Asia Pasifik" yang dilaksanakan oleh kerajaan Obama telah menjadi sejarah, dan strategi Trump yang baharu masih belum dikeluarkan, tidak wujud ketidakseimbangan di rantau Asia Pasifik, sebaliknya yang ada sekarang ialah keseimbangan semula. Di samping itu, ketegangan di Laut China Selatan telah menjadi reda; kerjasama sepanjang Laluan Sutera Maritim menjadi dinamik; kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik sedang berjalan lancar. Kerjasama Asia Timur yang diganggu oleh strategi "Kembali ke Asia Pasifik" AS dijangka akan kembali semula ke landasan yang betul.

Sejak diperkenalkan, strategi "Kembali ke Asia Pasifik" telah mengundang kesangsian pelbagai pihak. AS tidak pernah meninggalkan Asia Pasifik, mana boleh kata "kembali"? Sebagai entiti ekonomi terbesar di dunia, kestabilan dan kemakmuran Asia Pasifik tidak dapat dipisahkan dengan AS. China mengalu-alukan AS terus memainkan peranan positif di rantau Asia Pasifik.

Walau bagaimanapun, yang mengesal ialah tumpuan yang keterlaluan AS di Asia Pasifik bukan sahaja mendatangkan ketidakseimbangan di rantau tersebut, malah turut menyebabkan ketidakseimbangan dalam negara itu sendiri.

Peruntukan ketenteraan AS di Asia Pasifik yang tinggi turut mendapat bantahan Pemerintah Markas Pasifik Amerika.

Isu-isu yang telah menjadi "catatan sejarah" kerajaan Obama seperti TPP yang gagal diteruskan, sandiwara di Laut China Selatan, percanggahan mengenai THAAD, semuanya merupakan pengaruh negatif.

Kita hendak mengingatkan kerajaan Trump supaya mempelajari pengalaman daripada kegagalan strategi "Kembali ke Asia Pasifik", dan bertindak bersama-sama negara-negara lain di rantau ini supaya berusaha untuk mengekalkan keseimbangan, keamanan dan kemakmuran di Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China