Cari:
Perancis Lanjutkan Darurat hingga 15 Julai
2017-03-17 11:08:13 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan bahawa keadaan darurat di negara itu dilanjutkan hingga 15 Julai nanti, berikutan kejadian letupan bom dan tembakan di negara itu semalam.

Letupan bom berlaku di bangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Perancis. Seorang pegawai IMF telah membuka satu bungkusan yang mengandungi bahan letupan. Walau bagaimanapun, beliau hanya cedera ringan.

Selain itu, kes tembakan yang berlaku di sebuah sekolah menengah di bandar Glas, selatan negara itu, mengakibatkan 4 orang cedera ringan. Kementerian Dalam Negeri Perancis memberitahu media bahawa penembak terbabit ialah seorang pelajar yang berumur 17 tahun dan kini telah ditahan polis.

Perintah darurat dikeluarkan Presiden Hollande berikutan siri serangan ganas berlaku di Paris pada 13 November 2015. Tempoh darurat beberapa kali dilanjutkan ekoran situasi keselamatan yang masih sengit di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China