Cari:
Penyelesaian Masalah Semenanjung Korea Perlukan Usaha Pelbagai Pihak
2017-03-18 15:12:34 CRI Cetak

Punca masalah Semenanjung Korea ialah tinggalan Perang Dingin, iaitu hubungan saling bermusuhan dan tidak mempercayai antara pelbagai pihak. Cadangan China yang menyeru Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menghentikan ujian, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menghentikan latihan ketenteraan bersama, serta pelaksanan bersama Semenanjung Korea bebas dari nuklear dengan peralihan mekanisme gencatan senjata kepada mekanisme damai di Semananjung Korea justeru untuk menyelesaikan punca masalah tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut laporan, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menyatakan sekiranya China tidak dapat menghalang DPRK membangunkan program nuklearnya, maka AS akan terus memperhebat sistem pertahanan peluru berpandu, dan memberikan tekanan terhadap sistem kewangan China.

Mengulas laporan tersebut, Hua Chunying menyatakan bahawa China selalu melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai masalah Semenanjung Korea dengan menyeluruh, bersungguh-sungguh dan ketat. Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan juga anggota yang bertanggungjawab dalam masyarakat antarabangsa, China sentiasa melaksanakan kewajiban antarabangsa. China secara tegas menentang sebarang negara mengenakan sekatan terhadap negara lain berdasarkan undang-undang domestik sendiri dan juga menentang apa jua sekatan yang menjejaskan kepentingan sah China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China