Cari:
PBB Seru Pelbagai Negara Galakkan Pembinaan B&R
2017-03-18 14:12:46 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam telah meluluskan reolusi No.2344 mengenai isu Afghanistan dengan 15 undi menyokong, menyeru masyarakat antarabangsa menggabungkan persepakatan untuk memberikan bantuan kepada Afghanistan, di samping meningkatkan kerjasama ekonomi serantau melalui pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R). Resolusi itu juga menggesa pelbagai pihak agar menyediakan suasana yang selamat kepada pembinaan B&R, memperkasakan penyelarasan dasar dan strategi pembangunan serta menggalakkan kesalinghubungan dan kerjasama pragmatik.

Selain itu, resolusi itu menegaskan bahawa kerjasama serantau sepatutnya digalakkan berdasarkan semangat saling menguntungkan, mengambil tindakan yang berkesan untuk mewujudkan keselamatan, kestabilan dan pembangunan di Afghanistan dan rantau berkenaan, membina komuniti yang berkongsi masa depan seluruh umat manusia.

Selepas resolusi itu diluluskan, Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi memberitahu media bahawa Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan di ibu pejabat PBB di Geneva pada bulan Januari lalu telah membentangkan konsep pembinaan komuniti berkongsi masa depan umat manusia, dan telah mengemukakan cadangan China untuk menggalakkan pembangunan dunai dan kemajuan tamadun manusia.

Majlis Keselamatan PBB sekarang sebulat suara meluluskan resolusi No.2344 dan buat pertama kali memasukkan konsep membina kumuniti berkongsi masa depan umat manusia dalam dokumen itu, ini bukan merupakan persepakatan masyarakat antarabangsa, malah juga menggambarkan sumbangan yang penting daripada konsep dan cadangan China kepada tadbir urus dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China