Cari:
Wang Yi Ditemui Rex Tillerson
2017-03-19 14:46:33 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson yang dalam rangka lawatan ke China di Beijing semalam.

Wang Yi mengalu-alukan lawatan Rex Tillerson dan menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama-sama AS untuk melaksanakan persepakatan penting yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dengan Presiden Donald Trump, meningkatkan komunikasi, memperluas kerjasama dan merapatkan rasa saling mempercayai, menyelesaikan perselisihan dengan baik, menggalakkan hubungan China-AS berkembang secara sihat dan stabil pada era baharu supaya membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara bahkan dunia.

Wang Yi menegaskan bahawa kedua-dua negara patut meningkatkan komunikasi dan dialog peringkat tinggi dan pelbagai peringkat, memperluas kerjasama dalam bidang diplomatik, ekonomi, perdagangan, ketenteraan, kehakiman, sosiobudaya dan lain-lain. China dan AS juga patut meningkatkan penyelarasan dalam pelbagai isu antarabangsa dan serantau yang penting, mempererat kerjasama dan penyelarasan dalam rangka multilateral.

Wang Yi juga menghuraikan pendirian China mengenai isu Taiwan dan Laut China Selatan. Beliau menegaskan kedua-dua pihak perlu saling menghormati kepentingan inti antara satu sama lain, menangani isu sensitif dengan baik supaya memelihara hubungan bilateral daripada terjejas.

Rex Tillerson pula menyatakan bahawa AS mengekalkan dasar "Satu China" dan bersedia berusaha bersama China untuk mempeluas kerjasama berdasarkan prinsip tidak berkonflik atau berkonfrontasi, saling menghormati dan bekerjasama untuk saling menguntungkan, mengembangkan hubungan bilateral yang lebih berhasil untuk jangka masa yang panjang.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai situasi Semenanjung Korea dan beberapa isu lain yang menjadi tumpuan berama. Wang Yi menegaskan lagi pendirian China yang menentang AS menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China