Cari:
Pelbagai Pihak Diseru Bersabar dan Buat Pilihan Bijak
2017-03-19 14:48:35 CRI Cetak

Melaksanakan sekatan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) merupakan kewajiban pelbagai pihak, manakalan memulihkan dialog juga tanggungjawab pelbagai pihak. Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di Beijing semalam.

Menurut Wang Yi, pendirian China dalam isu nuklear Semenanjung Korea ialah kawasan itu bebas daripada nuklear, dan isu itu diselesaikan melalui dialog. Punca isu Sememanjung Korea ialah perselisihan antara DPRK dengan AS. Sebagai jiran Semenanjung Korea dan juga negara yang bertanggungjawab, China telah membuat banyak usaha dan sumbangan bagi penyelesaian isu Semenanjung Korea.

Wang Yi menyeru pelbagai pihak terlibat termasuk AS agar mengkaji situasi semasa dengan sikap tenang dan membuat pilihan yang bijaksana. China telah mengemukakan cadangan penyelesaian dan juga mengalu-alukan pelbagai pihak yang terbabit mengemukakan cadangan masing-masing. China bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan AS.

Wang Yi juga memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai isu Semenanjung Korea dengan Rex Tillerson dan kedua-dua pihak telah mencapai banyak persepakatan penting. China dan AS mempunyai pandangan yang sama iaitu Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, berjanji melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara menyeluruh dan ketat, berharap rundingan damai dipulihkan. China dan AS bersedia mengekalkan dialog mengenai isu Semenanjung Korea. Ini antara komponen penting dalam kerjasama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China