Cari:
G20 Tegaskan Kerjasama Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa
2017-03-19 15:09:33 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Baden-Baden, Jerman semalam. Mesyuarat itu menegaskan lagi peningkatan kerjasama ekonomi dan kewangan antarabangsa, berusaha mewujudkan sasaran pertumbuhan yang kuat, mapan, seimbang dan inklusif melalui pelaksanaan dasar kewangan dan fiskal, dasar pembaharuan struktur serta meningkatkan ketabahan ekonomi dan kewangan.

Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 kali pertama selepas Jerman menyandang negara pengerusi bergilir G20.

Para peserta telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai pelbagai topik termasuk situasi ekonomi sejagat, rangka pertumbuhan yang "kuat, mapan, seimbang dan inklusif", menggalakkan pelaburan terhadap Afrika, struktur kewangan antarabangsa, isu percukaian antarabangsa, pemantauan dan pembangunan jabatan kewangan serta urusan tadbir urus sejagat.

Mesyuarat itu menganggap bahawa walaupun ekonomi sejagat semakin pulih, namun kadar pertumbuhannya masih tidak memuaskan malah menghadapi risiko kemerosotan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China