Cari:
Xi Jinping Ditemui Tillerson
2017-03-19 15:29:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di Beijing hari ini.

Presiden Xi menyatakan bahawa perkembangan hubungan China-AS menghadapi peluang yang penting pada masa kini. Beliau dan Presiden Donald Trump telah memelihara komunikasi yang baik melalui telefon dan surat.

Presiden Xi menegaskan hubungan China-AS amat penting kepada kedua-dua pihak bahkan dunia. Kedua-dua negara perlu memelihara trend perkembangan hubungan bilateral dengan baik, meningkatkan kesalingpercayaan strategik di samping merapatkan persefahaman antara satu sama lain. Kepentingan yang sama kedua-dua negara ini jauh lebih besar daripada perselisihan, dan kerjasama merupakan satu-satunya pilihan yang tepat bagi kedua-dua negara. Kita perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu serantau yang penting, menghormati kepentingan utama dan keprihatinan antara satu sama lain, memelihara kestabilan hubungan China-AS.

Tillerson pula menyatakan bahawa AS mengembangkan hubungan dengan China berdasarkan semangat tidak berkonflik, tidak berkonfrontasi, saling menghormati, kerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China