Cari:
Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2017
2017-03-20 16:02:42 CRI Cetak

Sidang Tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang sedang diadakan di Beijing memfokuskan pembaharuan struktur pembekalan.

Para peserta berpendapat bahawa pembaharuan struktur pembekalan telah mencapai kemajuan di China dan kemajuan tersebut amat bermakna.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), He Lifeng berkata, China telah mencapai banyak kemajuan dalam pembaharuan struktur pembekalan, selain struktur ekonomi yang semakin baik.

Pada tahun lalu, sektor penggunaan telah menyumbangkan 64.6 peratus dalam pertumbuhan ekonomi, manakala nilai tambah industri peringkat ketiga pula menduduki 51.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Para peserta berpendapat bahawa struktur pembekalan perlu bersesuaian dengan permintaan dan keperluan dalam negeri harus ditingkatkan lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China