Cari:
Aktiviti Amal UNICEF di Hong Kong
2017-03-20 14:28:58 CRI Cetak

Aktiviti larian amal ke-11 bagi mengisi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah diadakan di Disneyland Hong Kong semalam.

Aktiviti itu menarik penyertaan kira-kira 14 ribu peserta, di samping berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak 11 juta dolar Hong Kong (RM6.28 juta) bagi mencegah penyakit AIDS.

Pengerusi Jawatankuasa UNICEF Hong Kong, Chen Qing berkata, sejak tahun 2000, UNICEF telah berjaya melaksanakan pelbagai usaha bagi melindungi 1.6 juta kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit AIDS.

Walau bagaimanapun, lebih 400 kanak-kanak dijangkiti virus HIV di seluruh dunia setiap hari dan kebanyakan kes jangkitan itu berlaku daripada ibu kepada anak. Oleh itu, kempen memerangi AIDS secara global perlu diperhebat lagi.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China