Cari:
PBB Seru Pembangunan Mampan demi Kesejahteraan Manusia
2017-03-21 13:26:28 CRI Cetak

Tarikh 20 Mac merupakan Hari Kebahagiaan Antarabangsa.

Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina J. Mohammed dalam ucapannya pada seminar sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa itu menyeru pelaksanaan pembangunan yang inklusif dan mampan bagi meningkatkan kesejahteraan umat manusia.

Menurut beliau, kerajaan pelbagai negara berkewajipan untuk menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat, serta mengambil berat isu-isu sosial dan alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi.

Pelbagai negara disarankan agar menjalinkan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, usaha membasmi kemiskinan perlu dilakukan serentak dengan usaha mendorong pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, dalam masa yang sama, pelbagai keperluan masyarakat seperti pendidikan, perubatan dan peluang pekerjaan perlu diberikan perhatian.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China