Dokumen Perancangan Pembinaan Pusat Logistik Perdagangan Zon Ekonomi Jalan Sutera 2016-2030 telah dikemukakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China baru-baru ini.
Menurut dokumen tersebut, ibu kota wilayah Xinjiang akan memainkan peranan sebagai hab pengangkutan dan logistik untuk merancakkan aktiviti perdagangan serantau, khususnya dengan negara-negara di sepanjang zon ekonomi tersebut.
Di samping itu, sembilan kawasan di Xinjiang turut dijadikan pangkalan logistik yang penting, dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing dari segi pengangkutan dan perindustrian.
Selain itu, Xinjiang juga bakal menjadi pusat kewangan, kebudayaan dan perubatan dalam usaha menjayakan kerjasama di bawah inisiatif Zon Ekonomi Jalan Sutera.