Cari:
China Sedia Pikul Tanggungjawab Antarabangsa
2017-03-21 11:33:09 CRI Cetak

China bersedia untuk memikul tanggungjawab antarabangsa dengan lebih proaktif, namun tidak berniat untuk memimpin dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap dalam sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China semalam.

Menurut beliau, China menyarankan perkongsian yang berorientasikan kerjasama, saksama, terbuka, inklusif dan bermuafakat.

China telah menjalinkan perkongsian dengan 97 buah negara dan pertubuhan antarabangsa setakat akhir tahun lalu.

Tambah beliau, China akan berusaha mewujudkan jaringan perkongsian global yang lebih erat dengan pelbagai negara, di samping menyumbang kepada pembangunan dan kedamaian dunia.

Selain itu, China komited untuk terus mengekalkan sistem multilateral antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mempertahankan sistem perdagangan bebas global.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China