Pesawat komersial buatan China C919 telah selesai menjalani ujian pemasangan kelengkapan dan kini berada pada fasa terakhir persiapan sebelum melakukan penerbangan pertamanya.
Berdasarkan jadual, pesawat tersebut akan menjalani penerbangan percubaan pertama pada setengah tahun pertama tahun ini.
Menurut penilaian Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), nilai pasaran pesawat itu akan melebihi USD100 bilion.
Setakat ini, COMAC telah menerima 517 kontrak tempahan daripada 21 pembeli bagi pesawat C919.
Pembangunan pesawat C919 menandakan teknologi pembuatan pesawat China telah melonjak ke tahap yang tinggi di arena antarabangsa.