Cari:
Serangan Ganas di London, 5 Terbunuh
2017-03-23 11:16:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kejadian serangan ganas telah tercetus di luar Parlimen Britain, pusat bandar London, petang semalam.

Menurut pihak polis tempatan, serangan itu telah menyebabkan 5 orang terbunuh, manakala kira-kira 40 lagi cedera.

Serangan ganas yang berlaku pada pukul 2.40 petang waktu tempatan itu berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu penyerang telah melanggar pejalan kaki yang berada di sekitar Jambatan Westminster, sebelum merempuh halangan di luar bangunan Parlimen.

Kemudian, penyerang turun dari kereta dan cuba menikam orang ramai, malah berniat untuk menyerbu masuk ke dalam bangunan Parlimen.

Penyerang akhirnya ditembak mati oleh anggota polis.

Selepas kejadian itu berlaku, Perdana Menteri Britain, Theresa May telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi menangani kejadian tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Theresa Mary mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang terkutuk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China