Cari:
China, Australia Ikrar Jalin Kerjasama Lebih Erat
2017-03-23 17:08:54 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Malcolm Turnbull di Canberra hari ini.

Li dalam rundingan itu berkata, ikatan persahabatan dan kerjasama China-Australia terus berkembang sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 45 tahun yang lalu.

China bersedia untuk bekerjasama dengan Australia dalam memelihara kedamaian dan kestabilan rantau Asia Pasifik dan dunia.

Tambah beliau lagi, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia luar dan mengambil tindakan yang praktikal bagi memudahkan serta meningkatkan kebebasan aktiviti perdagangan dan pelaburan, sekali gus menyumbang kepada kemampanan pertumbuhan ekonomi global.

Malcolm Turnbull pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan lagi rasa saling mempercayai antara kedua-dua negara, dan berusaha memastikan hubungan dan kerjasama dengan China dapat terus berkembang dengan stabil.

Menurut beliau, berdasarkan trend perlindungan perdagangan yang semakin meningkat, usaha menggalakkan perdagangan bebas global amat penting kepada pengambilan pekerja dan pertumbuhan ekonomi semua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China