Cari:
Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media di Hainan
2017-03-24 10:06:23 CRI Cetak

Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media diadakan di Hainan, China semalam, sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA).

Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian yang juga pengerusi mesyuarat itu, ketika menyampaikan ucaptama berkata, Asia kini adalah antara rantau yang ekonominya berkembang dengan pesat di dunia.

Namun, prestasi media dan hak bersuara media Asia masih ketinggalan.

Kini, pelbagai media di rantau Asia telah bersepakat untuk meningkatkan prestasi dalam penyebaran maklumat dan hak bersuara, di samping berhasrat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang mengendalikan kerjasama media serantau.

Tambah beliau, media-media di rantau Asia perlu bekerjasama dalam memperkenalkan dan berkongsi kisah-kisah menarik serta pengalaman Asia, selain mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi penyebaran maklumat dalam lingkungan sejagat.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China