Cari:
Anggota AIIB Meningkat 70
2017-03-24 14:30:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bank Pelaburan Insfrastruktur Asia (AIIB) meluluskan permohonan 13 negara dan kawasan untuk menganggotai bank tersebut.

Dengan ini, jumlah anggota AIIB telah meningkat kepada 70 daripada 57 sebelum ini.

Selain lima anggota baharu dari kawasan serantau, iaitu Afghanistan, Armenia, Fiji, Timor Leste dan Hong Kong China, anggota baharu juga melibatkan lapan negara dari rantau lain seperti Belgium, Kanada, Habsyah dan Sudan.

Presiden AIIB, Jin Liqun berkata, hasrat pelbagai negara dan kawasan untuk menganggotai AIIB membuktikan usaha AIIB untuk mengetengahkan diri sebagai pertubuhan antarabangsa tidak disia-siakan.

Profesor dari Akademi Sains Sosial China, Shen Jiru berkata, China mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak dalam AIIB.

Hal ini membuktikan China tidak mahu mengawal bank tersebut, sebaliknya ingin mewujudkan situasi menang-menang.

Selain membantu mengumpulkan dana untuk negara Asia, AIIB juga menyasarkan mekanisme baharu bagi pembaharuan kewangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China