Cari:
Mesyuarat Meja Bulat CEO China-Australia
2017-03-25 13:56:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Malcolm Turnbull bersama-sama menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) China-Australia, di Sydney petang semalam.

Li menyifatkan meja bulat CEO sebagai platform bagi komunikasi, bukan sahaja dalam komuniti perniagaan, malah antara komuniti perniagaan dengan kerajaan.

Menurut beliau, purata pertumbuhan perdagangan tahunan antara China dan Australia mencatat 9% dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Hal tersebut menunjukkan, usaha menghapuskan halangan perdagangan dan menggalakkan keterbukaan akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

China bersedia berusaha bersama-sama semua pihak, termasuk Australia, untuk memelihara kebebasan perdagangan dan menggalakkan perdagangan antarabangsa yang lebih adil, telus dan mampan.

Malcolm Turnbull pula berkata, perdagangan bebas bukan sahaja menggalakkan pergerakan komoditi dan aliran modal, malah pertukaran teknologi dan kebudayaan.

Kedua-dua negara harus merebut peluang untuk meraih manfaat daripada pasaran terbuka dan perdagangan global, giat memperluas perdagangan bebas serta menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain memanfaatkan inovasi dan pelaburan untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China