Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian BFA
2017-03-25 11:02:27 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah sempena perasmian sidang tahunan 2017 Forum Asia Boao (BFA) di provinsi Hainan. 

Xi dalam surat tahniahnya berkata, sejak ditubuhkan pada 16 tahun yang lalu, BFA memainkan peranan penting untuk membina konsensus Asia, mendorong kerjasama Asia dan meningkatkan pengaruh Asia. 

Sebagai tuan rumah, China bergembira dengan pencapaian BFA, dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan semua pihak yang membantu menjayakan forum tersebut.     

Sidang tahunan 2017 BFA bertemakan "Masa Depan Asia: Globalisasi dan Perdagangan Bebas". 

Xi menyifatkan tema ini  mencerminkan perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara Asia terhadap isu globalisasi ekonomi. 

Beliau menyeru semua peserta agar menyumbang kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah-masalah utama dalam ekonomi dunia dan serantau, di samping berganding bahu mendorong proses globalisasi ekonomi yang lebih dinamik, inklusif dan mampan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China