Lam Cheng Yuet-ngor dipilih sebagai Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong China ke-5, selepas memperoleh 777 undi daripada 1,163 undi.
Pemilihan tersebut telah menarik perhatian pelbagai media Singapura.
The Straits Times Singapura menyiarkan ucapan kemenangan Lam Cheng Yuet-ngor yang menyatakan beliau akan memelihara dasar "Satu negara, Dua sistem" dan mempertahankan nilai teras Hong Kong.
Tempoh penggal perkhidmatan beliau akan bermula secara rasmi pada 1 Julai nanti.