Sidang Tahunan Forum Asia Boao (BFA) mengeluarkan Deklarasi Penggalakkan Globalisasi Ekonomi Dunia semalam bagi menyeru kerajaan dan komuniti perniagaan seluruh dunia untuk berpegang pada prinsip menggalakkan pasaran terbuka, pertumbuhan inklusif dan kerjasama ekonomi bagi memastikan kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi mampan.
Menurut Deklarasi itu, globalisasi ekonomi merupakan hasil kemajuan sains dan teknologi.
Namun, sistem pentadbiran global tidak sejajar dengan perubahan situasi ekonomi. Hal tersebut telah menimbulkan masalah baharu.
Tindakan yang bertentangan dengan globalisasi tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, malah mewujudkan cabaran baharu.
Dalam Deklarasi itu turut dinyatakan, semua anggota BFA perlu bersedia untuk meningkatkan komunikasi, koordinasi dan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping memainkan peranan masing-masing bagi menggalakkan globalisasi ekonomi yang lebih terbuka, inklusif dan seimbang.