Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk melaksanakan sekatan terhadap lapan buah syarikat industri ketenteraan Rusia kerana syarikat-syarikat tersebut dipercayai melanggar undang-undang mengenai kawalan senjata pemusnah besar-besaran yang melibatkan Iran, Syria dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).
Sehubungan dengan itu, kerajaan AS menyatakan bahawa sekatan kali ini tidak berkaitan dengan sekatan ekonomi terhadap Rusia, seperti yang dilaksanakan oleh AS sejak tahun 2014.
Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam berkata, keputusan kerajaan AS tersebut tidak difahami dan amat mengecewakan, namun tindakan itu tidak akan menjejaskan pengaruh Rusia.
Menurut laporan Agensi Berita TASS, Zakharova, melalui akaun rasmi Facebook Kementerian Luar Rusia, turut menyebut bahawa Washington tidak memberikan sebab-musabab pelaksanaan sekatan itu.
AS hanya menyenaraikan undang-undang negaranya yang melarang kerjasama dengan Iran dan Syria.