Cari:
Seorang Maut dan 14 Cedera dalam Insiden Tembakan di Cincinnati AS
2017-03-27 13:36:13 CRI Cetak

Seorang maut dan sekurang-kurangnya 14 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Cincinnati, Ohio awal pagi semalam.

Dalam insiden tersebut, hanya seorang penembak terlibat, namun pihak polis sedang menyiasat untuk memastikan sama ada terdapat pihak lain turut terlibat dalam insiden itu.

Timbalan Ketua Polis, Paul Neudigate memaklumkan melalui akaun media sosial, Twitter bahawa pada ketika ini hanya seorang sahaja dikesan melepaskan tembakan.

Sehingga kini, tiada sebarang penahanan dibuat dan pihak polis sedang mencari dan menyoal siasat saksi.

Menurut Neudigate, belum ada sebarang petunjuk yang mengaitkan insiden tersebut dengan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China