Cari:
Jabatan Pendakwa Raya Korea Selatan Mohon Tangkap Park Geun-hye
2017-03-27 16:33:45 CRI Cetak

Jabatan Pendakwa Raya Korea Selatan memutuskan untuk memohon kelulusan mahkamah bagi menahan mantan Presiden, Park Geun-hye hari ini.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai permohonan tersebut beberapa hari akan datang.

Pihak pendakwa raya percaya bahawa Park Geun-hye terlibat dengan pelbagai jenayah, antaranya termasuklah menyalahgunakan kuasa sebagai Presiden, menerima hadiah berupa barangan dan wang daripada syarikat berkenaan, mendedahkan rahsia negara, menafikan kebanyakan tuduhan terhadapnya dan juga disyaki memusnahkan bukti yang berkaitan.

Berdasarkan analisis yang terperinci terhadap Park Geu-hye serta mempertimbangkan hasil soal siasat terhadap beliau sebelum itu, pihak pendakwa raya memutuskan untuk memohon kelulusan mahkamah bagi mengeluarkan waran tangkap.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China