Cari:
Seorang Warga China Ditembak Mati di Perancis
2017-03-28 14:46:12 CRI Cetak

Pada pukul 8.00 malam 26 Mac waktu tempatan, seorang warga China telah mati ditembak setelah mencetuskan pergaduhan dengan polis di Paris, ibu negara Perancis.

Menurut Kedutaan Besar China di Perancis, selepas tragedi itu berlaku, pihaknya segera melancarkan mekanisme kecemasan perlindungan konsulat.

Pihak Konsul segera menghubungi pihak polis Perancis untuk mengetahui keadaan sebenar dan menuntut mereka menjalankan siasatan dengan secepat mungkin.

Dilaporkan, pihak polis Perancis menyatakan bahawa pada ketika ini, badan kehakiman dan inspektor Perancis telah memulakan siasatan berkenaan.

Selain itu, Kedutaan Besar China di Perancis telah menghantar pegawai untuk menziarahi dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China