Cari:
Rundingan Penaiktarafan FTA China, New Zealand Bakal Diadakan
2017-03-28 11:17:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan penaiktarafan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara China dengan New Zealand bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Demikian diumumkan Perdana Menteri China, Li Keqiang selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Bill English di Wellington, ibu negara New Zealand pada 27 Mac lalu.

Pada hari yang sama, sembilan dokumen kerjasama, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung dengan kerjasama inisiatif "Satu Jalur dan Satu Laluan" (B&R) turut ditandatangani oleh China dan New Zealand.

PM Li, dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata, lawatan beliau ke Wellington kali ini bertujuan untuk mengintensifkan hubungan bilateral dengan New Zealand, khususnya untuk menaiktarafkan FTA antara kedua-dua negara.

Hal tersebut diyakini akan menggerakkan kerjasama perdagangan dua hala antara China dengan New Zealand pada masa depan.

Bill English pula berkata, pertemuan beliau dengan PM Li boleh dikatakan amat berhasil berikutan beberapa persepakatan kerjasama dua hala telah berjaya dicapai.

Tambah Bill, jumlah perdagangan bilateral telah mencecah NZD23 bilion (kira-kira RM71.5 bilion) pada masa ini.

Beliau juga berharap agar kerjasama perdagangan antara New Zealand dengan China dapat dinikmati oleh semua rakyat jelata kedua-dua negara pada masa hadapan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China