Cari:
Kerjasama Antarabangsa Artifak dan Pertukaran Kebudayaan
2017-03-28 14:53:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pameran artifak China di negara asing dianggarkan mencatat hampir 300 kali pada tahun 2011 hingga 2016.

Manakala, pameran artifak negara asing yang diadakan di China dianggarkan 116 kali.

Projek perlindungan artifak dan arkeologi China di luar negara, usaha sama dengan negara-negara asing, telah menjadi hasil utama dalam pembinaan inisiatif "Satu Jalur dan Satu Laluan" (B&R) dalam bidang kebudayaan di China pada masa ini.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Negara Warisan Budaya (SACH), Liu Yuzhu dalam sesi Perbincangan Panel Pertukaran Interaksi Warisan Budaya dan Tamadun anjuran SACH yang telah diadakan di Beijing pada 27 Mac lalu.

Liu memaklumkan bahawa kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan artifak semakin diintensifkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

China telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang berkaitan warisan kebudayaan dengan 34 buah negara, antaranya termasuklah Perancis, Itali dan Indonesia.

Dalam pada itu, terdapat lebih 100 artifak China telah dikembalikan kepada China dengan bantuan Amerika Syrikat, Perancis, Kanada, Jepun dan Australia pada tahun 2011 hingga 2016.

Liu berkata, China akan terus memperluas platform kerjasama pertukaran artifak dengan negara asing dari pelbagai bidang bagi menggalakkan lebih banyak pameran artifak China dapat diadakan di negara asing, selain membawa masuk artifak-artifak luar negara yang bermutu tinggi untuk dipamerkan di China pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China