Cari:
Basikal Mudah Sewa China Diperkenalkan di AS
2017-03-28 15:07:14 CRI Cetak

Menurut laporan jurnal Wall Street minggu lalu, beberapa syarikat baharu China akan memperkenalkan basikal mudah sewa di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Syarikat-syarikat tersebut telah mengumpulkan banyak dana untuk memperkenalkan perkhidmatan basikal mudah sewa, yang hanya diakses melalui aplikasi telefon bimbit pintar, di San Francisco, California pada tahun ini.

Syarikat BlueGogo yang beribu pejabat di Beijing telah mengumpulkan dana sebanyak USD58 juta (RM256 juta) pada tahun ini, dan sekarang telah menawarkan 200 basikal syarikat itu yang berwarna biru di San Francisco.

Selain itu, syarikat berkenaan juga sedang berunding dengan sekurang-kurangnya lima bandar lain di AS untuk memperkenalkan basikal mudah sewa mereka.

Menurut maklumat lain, dua syarikat gergasi basikal sewa di China, iaitu syarikat ofo dan syarikat Mobike juga mempunyai rancangan untuk menembusi pasaran AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China