Cari:
Tencent Beli 5 Peratus Saham Tesla pada Harga USD1.78 Bilion
2017-03-29 15:09:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Huang River Investment Limited milik Tencent Holdings Ltd China membeli 5 peratus saham Tesla Amerika Syarikat (AS) pada harga USD1.78 bilion (RM7.9 bilion).

Demikian menurut dokumen yang diserahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) AS pada 28 Mac lalu.

Hal tersebut menandakan Tencent akan disenaraikan sebagai pemegang saham utama dalam laporan tahunan Tesla bagi tahun 2016.

Namun, masih belum diketahui sama ada Tencent memperoleh satu kerusi dalam Lembaga Pengarah Tesla atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China