Cari:
Li Keqiang Hadiri Jamuan Bersama Rakyat New Zealand
2017-03-29 11:40:09 CRI Cetak

Pada tengah hari semalam waktu tempatan, Perdana Menteri China Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari New Zealand, Bill English telah menghadiri jamuan di hotel Auckland bersama-sama dengan pelbagai lapisan masyarakat New Zealand dan menyampaikan ucapan.

Perdana Menteri Li dalam ucapannya berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-New Zealand.

Hubungan bilateral terus berkembang dengan stabil dan baik, manakala kerjasama dalam pelbagai bidang telah mencapai tahap yang paling tinggi dalam sejarah.

China bersedia untuk bergabung tenaga dengan pelbagai negara termasuk New Zealand membangunkan komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping bersama-sama menyempurnakan sistem ekonomi global supaya membolehkan semakin banyak negara dan penduduk memanfaatkan globalisasi ekonomi.

Perdana Menteri Li menegaskan bahawa lawatan kali ini amat berhasil berikutan banyak persepakatan yang penting telah dicapai.

Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, menyelaraskan strategi pembangunan ekonomi serta menggalakkan perluasan dan penaiktarafan perdagangan dua hala melalui rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kedua-dua negara, di samping terus mendorong pertukaran lawatan sosiobudaya agar persahabatan China-New Zealand diwarisi turun-temurun.

Dalam majlis jamuan itu, Bill English pula berkata, New Zealand bersedia untuk mengembangkan hubungan yang erat dengan China dan menyumbang kepada masa depan kedua-dua negara serta kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China