Cari:
Kedutaan Besar China Gesa Perancis Jamin Keselamatan dan Hak Warga China
2017-03-29 13:36:55 CRI Cetak

Pejabat Kedutaan Besar China di Perancis semalam menyatakan Kementerian Luar China dan pihaknya amat memberikan perhatian mengenai insiden seorang warga China ditembak mati setelah bergaduh dengan polis di Paris kelmarin.

Selain itu, pihak kedutaan juga telah mengambil tindakan segera termasuk menghubungi polis Perancis untuk mengetahui keadaan sebenar, mengeluarkan bantahan dan menggesa Perancis mengambil langkah berkesan untuk menjamin keselamatan, hak dan kepentingan warga China di negara itu.

Kedutaan Besar China, melalui laman web rasminya semalam, menyatakan bahawa pihaknya sekali lagi mengemukakan bantahan terhadap penasihat hal ehwal luar Kementerian Dalam Negeri Perancis, di samping menuntut pihak Perancis menjalankan siasatan dengan segera dan memberikan penjelasan yang adil dan rasional.

Pihak Perancis pula berkata, hal tersebut adalah satu insiden. Oleh itu, beberapa jabatan Perancis sedang mengikuti perkembangan kes itu dan telah mula menjalankan siasatan terperinci.

Perancis berjanji akan menyelesaikan prosedur siasatan berkenaan dengan secepat mungkin dan mengumumkan keadaan sebenar kes itu.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Romain Nadal semalam berkata, kerajaan Perancis amat mengutamakan keselamatan warga China di Perancis dan jabatan berkenaan sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China