Persidangan Internet China (CIC) 2017 bakal diadakan di Beijing pada 11 hingga 13 Julai tahun ini.
Menurut Persatuan Internet China, persidangan tersebut akan mengadakan lebih 20 simposium dalam bidang kecerdasan buatan, pengeluaran pintar, perkongsian ekonomi, industri Internet, penjagaan kesihatan Internet dan pendidikan Internet bagi mendorong integrasi Internet dengan inovasi ekonomi sebenar.
Selain itu, sidang tahunan peringkat tinggi Internet China, simposium perkembangan inovasi Internet antarabangsa dan forum inovasi teknologi Internet global juga akan diadakan pada masa yang sama.