Cari:
Sidang Kemuncak AL Berpegang kepada Inisiatif Damai Arab
2017-03-30 13:16:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Liga Arab (AL) ke-28 melabuhkan tirainya di tebing Laut Mati, selatan Amman, ibu negara Jordan pada malam 29 Mac lalu.

Deklarasi Amman yang dikeluarkan dalam sidang kali ini menegaskan lagi isu Palestin merupakan topik utama dalam dunia Arab.

Liga Arab tetap berpegang kepada Inisiatif Damai Arab 2002 dan menyeru pelbagai pihak terbabit agar bekerjasama bagi menggalakkan pelaksanaan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Menurut deklarasi tersebut, mewujudkan kedamaian yang menyeluruh dan berkekalan masih menjadi pilihan utama bagi negara-negara Arab.

Deklarasi tersebut turut mengutuk segala bentuk keganasan dan ekstremisme, di samping menegaskan bahawa negara-negara Arab perlu terus bekerjasama untuk membanteras kekerasan dan kegiatan radikal.

Sidang Kemuncak AL ke-29 dilaporkan akan diadakan di Riyad, ibu negara Arab Saudi pada 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China