Syarikat Industri Penerbangan China (AVIC) semalam mengumumkan bahawa pesawat amfibia AG600 yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh China bakal memulakan penerbangan sulung pada bulan Mei nanti.
Sebagai pesawat amfibia yang bersaiz paling besar di China, penerbangan sulung pesawat itu amat bererti bagi industri penerbangan China.
Menurut maklumat, AG600 adalah pesawat amfibia yang paling besar di seluruh dunia.
Pesawat ini adalah pesawat kegunaan awam yang akan digunakan dalam usaha memadamkan api di hutan, operasi maritim bagi mencari dan menyelamat, pengangkutan dan penyelidikan marin.