Cari:
Perancis Janji Jelaskan Kebenaran Kes Tembakan Secepat Mungkin
2017-03-30 15:12:17 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika memaklumkan kemajuan terkini kes seorang warga China ditembak mati oleh polis Perancis di Paris berkata, pegawai Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Perancis masing-masing berjanji akan menangani kes itu dengan bersungguh-sungguh, di samping menyelesaikan prosedur siasatan dengan segera dan menjelaskan keadaan sebenar kes tersebut.

Pada malam 26 Mac lalu, seorang warga China ditembak mati oleh polis Perancis yang tidak beruniform di rumahnya di Paris.

Keadaan tersebut menyebabkan sekumpulan warga China mengadakan tunjuk perasaan di hadapan balai polis hingga mencetuskan pergaduhan dengan anggota polis.

Mengenai kemajuan terkini kes itu, Lu Kang berkata, menurut maklumat daripada pihak Perancis, polis yang terlibat dengan kes itu telah digantung kerja dan sedang disiasat, malah kebanyakan penunjuk perasaan yang ditahan telah dibebaskan.

Tambah beliau, Kementerian Luar dan Kedutaan China di Perancis akan terus mengikuti perkembangan kes itu dan menggesa pihak polis menanganinya dengan baik.

Selain itu, beliau turut menasihati warga China di Perancis agar melindungi hak sendiri berdasarkan undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China