Cari:
Tinggalan Sejarah di Muzium Kota Larangan Cecah 1,862,690
2017-03-30 16:31:11 CRI Cetak

Tinggalan Sejarah di Muzium Kota Larangan dianggarkan berjumlah 1,862,690 buah.

Pengarah Muzium Kota Larangan, Shan Jixiang berkata, antara koleksi tersebut, tinggalan sejarah yang amat berharga mencecah lebih 90 peratus, iaitu sebanyak 1,683,336 buah.

Sebelum ini, Muzium Kota Larangan pernah mengeluarkan statistik seumpama itu pada bulan Disember 2010.

Kerja-kerja pengiraan yang berlangsung selama tujuh tahun itu berjaya mengumpulkan tinggalan sejarah sehingga 1,807,558 buah.

Manakala, kerja pengiraan kali ini telah memakan masa selama tiga tahun dan jumlah koleksi bertambah 55,132 buah.

Menurut Shan Jixiang, ada tinggalan yang dikumpulkan pada tahun-tahun yang lalu, ada yang didermakan, dan ada banyak juga baru ditemui semasa kerja-kerja pengiraan yang masih diteruskan.

Sebanyak 24 maharaja pada zaman Dinasti Ming (tahun1368-1644) dan Dinasti Qing (Tahun 1636-1912) pernah bersemayam di Kota Larangan yang terletak di pusat bandar Beijing itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China